Wednesday, July 20, 2011

Baka Lang : Lang Persona

Nota : Artikel ini diambil dari Blog Serama Negeri.

Kerana baka ini merupakan ayam serama yang mula saya miliki, saya akan cuba menulis maklumat yang saya tahu tentang Serama Baka Lang ini.

Berikut adalah informasi yang saya perolehi dari Blog Ramesh.

Lang Persona

"Bapak" kepada Lang Persona

"Ibu" kepada Lang Persona

Terdapat pelbagai baka-baka ayam serama yang telah berjaya dihasilkan atas usaha penternak-penternak serama di seluruh Malaysia. Setiapnya mempunyai gaya tersendiri, aksesori dan keunikan nya yang berbeza dengan baka serama yang lain.

salah satunya adalah baka Lang Persona. Ini adalah baka serama yang amat popular di arena pertandingan dan penternakan ayam serama.

Dihasilkan dan dibangunkan oleh Saudara Abdul Rahman (a.k.a Rahman Persona) yang berasal dari Alor Gajah Melaka. Baka ini adalah gabungan antara Baka Husin 2000 dan Nik Rashid.

Saudara Rahman yang sudah bergiat di dalam pemeliharaan serama ini semenjak tahun1999 lagi mengakui bahawa beliau telah mengunakan baka-baka tersebut bagi beberapa generasi sebelum dapat menghasilkan baka lang yang lebih stabil.

Keunikan gaya dan aksesori baka lang memang menjadi idaman dan dicemburui oleh ramai peminat-peminat ayam serama.

Berikut adalah ciri-ciri serama baka Lang Persona :-


- Soft, tiny & straight comb (balung)
- Attractive & long sickles (Lawi)
- Short body & medium size leg
- 100% tip top accessories
- Shining & soft saddle feathers (bulu)
- Largest chest
- Willing to action in the stage without proper training
- The head is held back often (tarik)
- “S” shaped neck with the head pointed down and facing the chest
- Female confirm will be broody when laying eggs
- Common color for male: Jungle fowl color, dark brown or black & closely to
red color
- Common color for female: Dark brown mix with white, light brown mix with
white & light yellow mix white color

Berikut adalah susur galur baka serama ini:-

> LANG PERKASA
> LANG KUBING
> LANG TEMBAGA
> LANG PUCHONG
> LANG ARA
> LANG BARA
> LANG SETIA
> LANG IMPIAN
> LANG CEMEH
> LANG JAGUH
> LANG MEWAH
> LANG JOHOR
> LANG NEGERI (female)
> DEWI BERAS (female)

Nota : saya telah berjaya memiliki sepasang ayam serama dari baka ini. Iaitu dari baka Lang Impian.

No comments:

Post a Comment