Friday, March 16, 2012

Dari reban Abang Zuki (Pok Ki) - (Kemaskini)


Minggu ini tidak ada berita besar yang dapat dipaparkan di blog ini. Bagaimanapun bagi tidak menghampakan kawan-kawan yang sudi berkunjung di BLOG ini, apa kata kita lihat sedikit koleksi istemewa yang sempat saya rakam khas dari reban Abang Zuki yang terletak nun di atas bukit di Durian Tunggal Melaka.

Bagi rakan-rakan peminat serama di seluruh Malaysia, jika anda berkunjung ke Melaka atau menghala perjalanan ke sebelah selatan tanahair, LOKASI reban ini jangan sekali-kali dilupakan. Selain dari koleksi serama yang menarik, perkongsian ilmu juga boleh diperolehi asal jangan segan-segan berkunjung ke sana.

Insya Allah, saya juga akan cuba berkunjung ke reban rakan-rakan yang lain terutama yang terletak di Melaka atau yang berdekatan dengannya (kalau ada yang sudi menjemput..), bagaimanapun buat hari ini kita layan dahulu beberapa momen menarik yang sempat di tangkap oleh kamer saya ini.
Serama warna kelabu yang unik menyerlahkan kesenian ayam serama

Comel - sebahagian anak si kelabu di atas...

Rinting - Satu lagi warna serama yang MENYERLAHKAN KESENIAN dan KECANTIKAN Ayam Serama

Anak B TERBAIK dari reban....

Yang ini asyik bergetar kepalanya (kocok)

Bapak Pembaka

Kecil-kecil cili padi...ayam selam yang semakin aktif


No comments:

Post a Comment